Banner top

Borang Tempahan Auditorium

[HOME]

SYARAT – SYARAT BAGI PENGGUNAAN MINI TEATER MUZIUM ORANG ASLI JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA)


DEFINASI DAN TAFSIRAN

DEFINASI

Dalam syarat-syarat ini, melainkan konteksnya menghendaki maksud yang lain, di mana-mana terdapat ungkapan-ungkapan di bawah memberi maksud seperti yang berikut:

 

“PIHAK PENYEWA / PENGGUNA” ertinya pihak yang berwajib sama ada pihak agensi daripada agensi kerajaan, agensi swasta, agensi badan berkanun, organisasi bukan kerajaan (NGO), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), koperasi, syarikat dan persendirian

 

“PENYELIA” ertinya pihak yang berwajib yang mempunyai kuasa ke atas pentadbiran, pengurusan, dan penyelarasan premis Muzium Orang Asli JAKOA yang tertakluk sebagai Ketua Unit Muzium dan pihak atasannya yang mana masih di bawah bahagian Perancangan dan Penyelidikan;

 

“MINI TEATER” ertinya fasiliti yang dilengkapi dengan pentas, barisan kerusi, sistem mikrofon, pembesar suara, serta sistem pencahayaan yang ada di dalam bangunan Muzium Orang Asli Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

 

1. TATACARA PENGGUNAAN

 

1. PIHAK PENYEWA / PENGGUNA DIKEHENDAKI MENUNJUKKAN RESIT BAYARAN / SURAT KEBENARAN KEPADA PEGAWAI / PENYELIA MINI TEATER SEBELUM MELAKUKAN SEBARANG AKTIVITI / PROGRAM.

 

2. SEBARANG AKTIVITI / PROGRAM YANG MERANGKUMI KAWASAN MINI TEATER PERLU DIMAKLUMKAN DAN MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PEGAWAI / PENYELIA MINI TEATER TERLEBIH DAHULU.

 

3. DILARANG MENAMPAL ATAU MELEKAT SEBARANG POSTER, HANDBILL, IKLAN ATAU SEBARANG BENTUK KENYATAAN DI DINDING, DI TIANG, CERMIN DAN KESELURUHAN PREMIS.

 

4. SEBARANG BENTUK PERUBAHAN / SUSUN ATUR, PENGGUNAAN PERALATAN HENDAKLAH MENDAPAT KEBENARAN PEGAWAI / PENYELIA MINI TEATER TERLEBIH DAHULU.

 

5. PEMASANGAN ‘BACK DROP’ DIBENARKAN DAN HENDAKLAH DITANGGALKAN SELEPAS MAJLIS TAMAT. MEMAKU, MENEBUK LUBANG DAN SEBAGAINYA PADA DINDING ATAU LANTAI MINI TEATER TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

 

6. PIHAK PENYEWA / PENGGUNA HENDAKLAH MEMASTIKAN BAHAWA HADIRIN / PENONTON / PESERTA MENGGUNAKAN DAN MENGIKUTI

 

7. PIHAK PENYEWA / PENGGUNA ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MEMPAMERKAN POSTER-POSTER, PATUNG / LEMBAGA YANG BERUNSUR LUCAH DAN KEAGAMAAN SERTA BOTOL-BOTOL MINUMAN KERAS SERTA POSTER-POSTER LAMBANG BERKAITAN DENGAN APA CARA SEKALI PUN

 

8. PIHAK PENYEWA / PENGGUNA BERTANGGUNGJAWAB MEMAKLUMKAN HADIRIN / PENONTON / PESERTA AGAR TIDAK MEROKOK DAN / ATAU MEMBAWA MASUK MINUMAN / MAKANAN KE DALAM MINI TEATER DAN KESELURUHAN PREMIS MUZIUM ORANG ASLI.

 

9. PIHAK PENYEWA / PENGGUNA BERTANGGUNGJAWAB PENUH DI ATAS KESELAMATAN HADIRIN / PENONTON / PESERTA DAN KEBERSIHAN KAWASAN YANG DIGUNAKAN SEMASA AKTIVITI / PROGRAM BERLANGSUNG. P I H A K PIHAK PENYEWA / PENGGUNA ADALAH DIGALAKKAN UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT KESELAMATAN PASUKAN RELA JIKA MELIBATKAN PROGRAM YANG MEMERLUKAN PENGAWASAN DAN KEPERLUAN LAIN DARI ASPEK KESELAMATAN.

 

10. PIHAK PENYEWA / PENGGUNA BERTANGGUNGJAWAB PENUH DALAM MEMASTIKAN MINI TEATER DALAM KEADAAN BEBAS SAMPAH DAN BEBAS KEROSAKAN SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI / PROGRAM.

 

2. KEROSAKAN / KEMALANGAN

 

1. PIHAK PENYEWA / PENGGUNA PERLU MEMASTIKAN DAN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN BAGI KESELAMATAN HADIRIN / PENONTON / PESERTA. JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI MALAYSIA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KEMALANGAN, KECEDERAAN ATAU KEMATIAN YANG BERLAKU BERSABIT DENGAN PENGGUNAAN KAWASAN YANG DISEWAKAN / DIGUNAKAN SEMASA AKTIVITI / PROGRAM BERLANGSUNG

 

2. PIHAK PENYEWA / PENGGUNA BERTANGGUNGJAWAB PENUH KE ATAS KESELAMATAN HADIRIN / PENONTON / PESERTA SEMASA AKTIVITI / PROGRAM BERLANGSUNG YANG MERANGKUMI KAWASAN MINI TEATER DAN SEKITARNYA

 

3. SEBARANG KEROSAKAN KEPADA TEMPAT-TEMPAT YANG DISEWA / DIGUNAKAN TERMASUK PA SISTEM, PERABOT-PERABOT DAN PERKAKAS ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PIHAK PENYEWA / PENGGUNA DAN HENDAKLAH DIGANTI ATAU DIBAYAR MENGIKUT NILAI HARGA BARANGAN TERSEBUT. JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI MALAYSIA BERHAK MENGGUNAKAN BUDIBICARANYA MENETAPKAN JUMLAH NILAI KEROSAKAN INI.

 

4. PIHAK PENYEWA / PENGGUNA HENDAKLAH MENGAMBIL LANGKAHLANGKAH KESELAMATAN DI ATAS BARANGAN YANG DITINGGALKAN DAN SEBARANG KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN TIDAKLAH MENJADI TANGGUNGJAWAB JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI MALAYSIA.

 

5. PIHAK PENYEWA / PENGGUNA PERLU MEMAKLUMKAN HADIRIN / PENONTON / PESERTA BARANG-BARANG PERSENDIRIAN ADALAH DI BAWAH TANGGUNGJAWAB MASING-MASING. PIHAK JABATAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KEROSAKAN DAN / ATAU KEHILANGAN BARANG-BARANG PERSENDIRIAN SEMASA DAN / ATAU SELEPAS AKTIVITI / PROGRAM DI DALAM KAWASAN MINI TEATER DAN KAWASAN SEKITARNYA

 

3. SYARAT – SYARAT TAMBAHAN

 

 

1. PIHAK PENYEWA / PENGGUNA / KATERER HENDAKLAH MEMASTIKAN BAHAWA SEGALA MAKANAN DAN MINUMAN JAMUAN ADALAH HALAL DAN MAKANAN ISLAM (MUSLIM FOOD). MINUMAN KERAS TIDAK DIBENARKAN.

 

2. PIHAK PENYEWA / PENGGUNA / KATERER HENDAKLAH SENTIASA MEMASTIKAN KEBERSIHAN KAWASAN SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI / PROGRAM BERLANGSUNG

 

3. PIHAK PENYEWA / PENGGUNA / KATERER HENDAKLAH MEMASTIKAN SEMUA SISA – SISA MAKANAN TIDAK DIBUANG KE DALAM SINKI / MANGKUK TANDAS / PERSEKITARAN BANGUNAN

 

4. SEMUA SISA MAKANAN HENDAKLAH DIBUANG KE DALAM TONG-TONG SAMPAH YANG TELAH DISEDIAKAN.

 

5. SEMUA KATERER HENDAKLAH MEMATUHI SYARAT-SYARAT DI ATAS. JIKA SYARAT- SYARAT ITU TIDAK DIPATUHI KATERER TERSEBUT AKAN DISENARAI HITAM UNTUK BEKALAN MAKANAN / MINUMAN DI MINI TEATER MUZIUM ORANG ASLI

 

PELANGGARAN SYARAT-SYARAT DI ATAS BOLEH MENYEBABKAN AKTIVITI / PROGRAM BERKENAAN DIBATALKAN SERTA MERTA DAN PIHAK PENYEWA / PENGGUNA BOLEH DIKENAKAN DENDA MENGIKUT NILAI KADAR DENDA YANG DIANGGAP WAJAR OLEH PIHAK JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI MALAYSIA