Banner top

PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN IPT

[HOME]

PENTING!

PENAJAAN

1. Penajaan ini adalah Bantuan Kewangan Pendidikan JAKOA kepada Pelajar Orang Asli yang akan / sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara Malaysia. Calon yang layak akan diberi Tawaran Bantuan Kewangan Pendidikan ini mengikut kesesuaian kursus.


SYARAT – SYARAT PEMOHON

1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia dan Orang Asli mengikut takrif di dalam Akta Orang Asli 134.
2. Umur tidak melebihi 35 tahun.
3. Pelajar-pelajar yang telah mendapat Biasiswa / Dermasiswa / Pinjaman dari Agensi Kerajaan / Swasta tidak layak memohon.


ARAHAN

1. Hanya satu salinan borang perlu diisi.
2. Isikan Borang Permohonan dengan lengkap.
3. Lampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:-
(a) Salinan Kad Pengenalan.
(b) Salinan Sijil Kelahiran.
(c) Salinan Surat Tawaran ke IPT.
(d) Salinan Sijil Berhenti Persekolahan dan Surat Akuan ( Testimonial ).
(e) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) atau sijil-sijil yang setaraf.
(f) Salinan Sijil Tinggi Pelajaran ( STPM ) atau lain-lain sijil yang setaraf.
(g) Salinan keputusan peperiksaan sesi terakhir di Universiti.
(h) Salinan Muka Pertama Buku Akaun Bank Pemohon.
(i) 1 Keping Gambar Ukuran Pasport Pemohon ( Lekatkan pada borang )
(j) Salinan pengesahan Penyata Pendapatan Bapa / Ibu / Penjaga.
(k) Salinan pengesahan akuan penerimaan bantuan kerajaan atau pihak lain kepada Bapa / Ibu / Penjaga ( jika ada )
(l) Salinan pengesahan Cukai Pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Bapa / Ibu / Penjaga ( jika ada )

KEMBALI